Tuesday, April 21, 2009

pengetahuan bersama


Di riwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis. Apabila Rasulullah S..A.W melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata, "Wahai orang muda kenapa kamu menangis?"

Maka berkata orang muda itu, "Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya. " Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu,maka Abu Bakar r..a dan Umar r.a. mendapati ayah orang muda itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, "Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam." Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda dan baginda pun berdoa kepada Allah W.T, kemudian mayat itu pun tukar kepada bentuk manusia semula.Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut.
Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu, "Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?"

Berkata orang muda itu, "Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat." Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, "Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam."


di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu. Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut, Laailaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, mengapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat."

Lalu para sahabat bertanya, "Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?" Berkata ular, "Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya;
1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk solat.
2. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
3. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
Maka inilah balasannya".

Thursday, April 9, 2009

tangan yang indah


Ketika ibu saya berkunjung, ibu mengajak saya untuk shopping bersamanya kerana dia menginginkan sepasang kurung yg baru. Saya sebenarnya tidak suka pergi membeli belah bersama dengan orang lain, dan saya bukanlah orang yang sabar, tetapi walaupun demikian kami pergi juga ke pusatmembeli belah tersebut. Kami mengunjungi setiap butik yang menyediakan pakaian wanita, dan ibu saya mencuba sehelai demi sehelai pakaian dan mengembalikan semuanya. Seiring hari yang berlalu, saya mulai penat dan kelihatan jelas riak2 kecewa di wajah ibu.


Akhirnya pada butik terakhir yang kami kunjungi, ibu saya mencuba satu baju kurung yang cantik . Dan kerana ketidaksabaran saya, maka untuk kali ini saya ikut masuk dan berdiri bersama ibu saya dalam fitting room, saya melihat bagaimana ibu mencuba pakaian tersebut, dan dengan susah mencuba untuk mengenakannya. Ternyata tangan-tangannya sudah mulai dilumpuhkan oleh penyakit radang sendi dan sebab itu dia tidak dapat melakukannya,seketika ketidaksabaran saya digantikan oleh suatu rasa kasihan yang dalam kepadanya. Saya berbalik pergi dan cuba menyembunyikan air mata yang keluar tanpa saya sedari. Setelah saya mendapatkan ketenangan lagi, saya kembali masuk ke fitting room untuk membantu ibu mengenakan pakaiannya.Pakaian ini begitu indah, dan ibu membelinya.
Shopping kami telah berakhir, tetapi kejadian tersebut terukir dan tidak dapat dilupakan dari ingatan ....Sepanjang sisa hari itu, fikiran saya tetap saja kembali pada saat berada di dalam fitting room tersebut dan terbayang tangan ibu saya yang sedang berusaha mengenakan pakaiannya. Kedua tangan yang penuh dengan kasih, yang pernah menyuapi, memandikan saya, memakaikan baju, membelai dan memeluk saya, dan terlebih dari semuanya, berdoa untuk saya, sekarang tangan itu telah menyentuh hati saya dengan cara yang paling berbekas dalam hati saya.
Kemudian pada malam harinya saya pergi ke kamar ibu saya mengambil tangannya, lantas menciumnya ... dan yang membuatnya terkejut, saya memberitahunya bahwa bagi saya kedua tangan tersebut adalah tangan yang paling indah di dunia ini. Saya sangat bersyukur bahwa Tuhan telah membuat saya dapat melihat dengan sejelasnya, betapa bernilai dan berrharganya kasih sayang yang penuh pengorbanan dari seorang ibu.Saya hanya dapat berdoa bahwa suatu hari kelak tangan saya dan hati saya akan memiliki keindahannya tersendiri. Dunia ini memiliki banyak keajaiban, segala ciptaan Tuhan yang begitu agung, tetapi tak satu pun yang dapat menandingi keindahan tangan Ibu...
" JIKA KAMU MENCINTAI IBU MU KIRIMLAH CERITA INI KEPADA ORANG LAIN, AGAR SELURUH ORANG DIDUNIA INI DAPAT MENCINTAI DAN MENYAYANGI IBUNYA".


Note: Berbahagialah yang masih memiliki Ibu. Dan lakukanlah yang terbaik untuknya.........kamu masih beruntung..... kerana aku sudah tidak punya ibu....

Sunday, April 5, 2009

ape nk jadi la

huhu...td mase kuliah ekonomi, sian lecturer aku...die excited giler nk bagi jawapan tuk latihan2 yg die bagi sbelum ni...budak kelas kami punye la rajin...3 org je kot yg buat ..yg lain langsung x wat pape..aku lg dasyat... x bawak pun latihan tu ....but i am not sure whether aku dah wat ke belum...dah kot skit2...hehe...aku rase sayu je td sbb lecturer aku sebak, tahan nangis....rase bersalah sangat2 la...dah la aku kureng skit pasal bab2 yg dibincgkan lam latihan ni....mentang2 lah aku ni amik minor math bukan minor ekonomi...ish2...ape nk jadi la ngan aku ni....tp aku dah salam cium tgn lecturer tu.. ambik berkat org kate....yg penting lepas ni...aku kena stdy sungguh2 la....x nak main3 lagi....lagipun exam dah nk dekat....aku nk compete ngan org2 yg bg aku sentap nih..huhu...go go chayok....man jadda wa jadda...esok aku ader kuiz math....huhu...doakan aku....

Saturday, April 4, 2009

aku keliru.



aku rase penat sngt ari ni..but i don't know what things that make me tired...yg aku tahu, aku cuma tido, mkn, mengadap laptop, mkn lagi dan buat soalan past year marketing..tp tu pun satu soalan je..aku pun x phm ngan diri aku ni..hmm, actually hari ahad lepas aku ade krisis dengan kwn2 satu group aku...mungkin salah aku sbb mudah terasa hati dengan gurauan kasar kwn ku tu....tp nk wat mcm mne..dah nmenya aku ni prempuan...x leh lari dari air mata dan sensetif...hailoh...gedik semacam la pulak aku ni...hmm, aku pun x tahu kenapa aku boleh jadi selemah ini...aku bukan begini....knape aku jadi lain?...aku tahu sedikit sebanyak perubahan ini kerana perempuan...aku x punya ramai kawan perempuan...boleh kira ngan jari je...skrang ni aku rase amat2 tidak suke kepada manusia yang bergelar perempuan hipokrit...aku tahu perbuatan ku ni x patut...biarlah.. asal aku bahagia...aku dah penat menjaga hati org....cukup lah setakat ni...biarlah aku jaga hati ku sendiri agar tidak lagi sakit...hati aku dah puas menderita....tiada guna lagi untuk aku bersikap tidak endah atas ape yg org lain lakukan ke ats aku...aku punya perasaan....aku tahu ramai org tidak menyenangi aku ...sape yang suke berkawan dengan org yang x punya perasaan mcm aku ni?...dahlah x sporting....huhu...selekeh lagi.....hp pun sekali sekala je ade kredit....byk yg x de la pade ade....tp apapun, itu hidup aku....sekarang aku dah x peduli la itu semua...aku ade kuarga....aku ade teman2 sehidup semati...bukan teman time aku senang je....dan yang penting ...ya ALLAH, aku mohon sangat agar aku sentiasa dalam rahmatMu agar aku tidak lalai dalam hidup yang penuh dengan penipuan ini...aku kena kuat ....masih panjang lagi jalan yang harus ku tempuh....tp apa yang pasti ..aku sudah perit utk berkawan....andai ada lagi yang boleh diubah, ku serah semua itu kepada ALLAH....